KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS
Resepi asal : Hasue
BAHAN A - GULA HANGUS:
2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)
BAHAN C - LAPISAN KEK:
140 gm tepung gandum - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis
BAHAN D - MERINGUE
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar
CARA MEMBUATNYA :
- Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
- Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
- Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
- Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
- Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
- Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
- Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
- Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
- Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
- Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!

No comments:
Post a Comment