Search This Blog

Thursday, July 3, 2014

Dah masuk ramadan ke 5 dah..tak erasa 25 hari lagi... 
setiap kali pukul 7 mesti semua kalangan kaum hawa tengok Kerana Terpaksa Aku Relakan kan... dengan kata lain KTAR.... jom layan lagu OST KTAR ni kejap..


yang masani cukup trending jugak Berlima ramdhan yang tengah tayang pukul 7 jugak dekat tv1 memang confirm laa record KTAR takut ter-miss babak 2 yang tak boleh tinggal sewaktu tengok berlima ramdhan ni.. kesian cerita nye..
KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS
Resepi asal : Hasue


BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)



BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis


BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
  9. Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
  10. Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!